1. PENGENALAN
Program Pertanian Bandar merupakan program yang membantu isi rumah bandar meringankan kos sara hidup melalui pengeluaran sendiri sebahagian daripada bahan makanan yang diperlukan melalui bimbingan Jabatan Pertanian. Program ini melibatkan penduduk di kawasan bandar dan pinggir bandar dengan kerjasama dan penglibatan pelbagai Jabatan dan Agensi yang berkaitan di peringkat Negeri dan Persekutuan.
Pengintegrasian pertanian dalam perancangan dan pembangunan perbandaran adalah penting untuk pembangunan mampan dari segi pelbagai aspek kehidupan dan keperluan kehidupan Bandar termasuk bekalan bahan makanan, penghijauan persekitaran, pengurusan air dan bahan buangan bandar, pendidikan serta riadah.

2. LATAR BELAKANG PROGRAM PERTANIAN BANDAR
Aktiviti pertanian di kalangan penduduk bandar bagi mengeluarkan bahan makanan sendiri merupakan satu pendekatan yang praktikal dan dapat mengurangkan perbelanjaan harian berikutan kenaikan kos sara hidup di bandar.
Berdasarkan kepada situasi tersebut, program pertanian Bandar dilaksanakan bertujuan menggalakkan penduduk Bandar menanam sendiri sayur-sayuran / tanaman makanan di sekitar kediaman mereka supaya beban kenaikan kos sara hidup dapat dikurangkan.

3. OBJEKTIF PROGRAM PERTANIAN BANDAR
- Menggalakkan penduduk setempat untuk menanam dan mengeluarkan sendiri bahan makanan bagi menampung keperluan harian serta mengurangkan kos sara hidup.
- Menambahkan pendapatan sampingan komuniti bandar melalui lebihan pengeluaran hasil pertanian.
- Menyokong usaha Kerajaan dalam menjamin kualiti dan sekuriti makanan Negara.
- Memupuk kesedaran dan minat terhadap kepentingan pertanian sebagai penyumbang terus kepada kesejahteraan serta keceriaan persekitaran komuniti bandar.
sumber :http://www.doa.gov.my/program-pertanian-bandar
3T- TANAM TINGGAL TUAI
Konsep tanaman hidroponik ini tidak memerlukan pam elektrik, berbeza dengan negara maju di mana tanaman hidroponik yang ditanam menggunakan pam elektrik. Ianya ditanam secara komersial dan secara besar-besaran dan melibatkan kos yang tinggi, ini secara tidak langsung hasil tanaman sistem pam dijual dengan harga yang tinggi di pasaran. Individu atau masyarakat tidak berpeluang untuk menanam sendiri hidroponik kerana kosnya terlalu mahal. Berbanding dengan kaedah hidroponik domestik ini, individu berpeluang untuk menanam dengan hanya bermodalkan RM 50.00 untuk satu set yang boleh mengeluarkan 1 ½ kg setiap set. Jika setiap rumah mempunyai 6 set hingga 10 set hidroponik, mereka tidak perlu membeli sayur di pasar lagi.
SUMBER :http://eduponic.blogspot.my/
No comments:
Post a Comment