Program Sekolah Rakan Alam Sekitar
(SERASI) yang melibatkan semua sekolah menengah dan rendah di Sabah menjadi
program utama sempena sambutan Minggu Alam Sekitar Malaysia (MASM) di Sabah.
Program ini merupakan pendekatan menyeluruh dalam pengurusan, kurikulum,
kurikulum dan penghijauan sekolah di kalangan warga sekolah bersama-sama
keluarga, komuniti setempat, pihak kerajaan dan swasta serta badan bukan
kerajaan. Ia dilaksanakan menerusi pendekatan pendidikan alam sekitar untuk
membentuk masyarakat yang prihatin dan menhargai alam sekitar pada sepanjang
masa. SERASI juga merupakan pusat pembelajaran dan pengajaran yang dapat
mempengaruhi warga sekolah dan masyarakat ke arah kehidupan lestari.
Objektif
1.
-Mempertingkatkan kesedaran terhadap kepentingan memelihara dan memulihara
alam sekitar di sekolah
2.
-Memupuk sikap positif dan cintakan alam sekitar di kalangan warga sekolah
yang menitikberatkan pemeliharaan dan pemuliharaan alam sekitar.
3.
-Untuk mengalakkan inovasi ke arah membentuk persekitaran sekolah yang
menitikberatkan pemeliharaan dan pemuliharaan alam sekitar.
4. -Mengiktiraf usaha sekolah dalam program pendidikan alam sekitar.
Kumpulan sasaran SERASI
- -Sekolah Menengah dan Rendah Kerajaan serta Sekolah Bantuan Kerajaan.
- -Sekolah Menengah Agama Negeri.
- -Maktab Sains MARA di negeri Sabah.
- -Sekolah Rendah dan Menengah Swasta (bermula pada 2006).
sumber : http://www.sabah.edu.my/serasi/serasi/serasi.html
No comments:
Post a Comment